Privacy Policy – YayaExplain

Last updated: [9 Jun 2025]

YayaExplain menghargai privasi semua pengikut kami, terutamanya kanak-kanak dan ibu bapa. Kami komited untuk melindungi maklumat peribadi dan memastikan semua kandungan kekal selamat dan mesra kanak-kanak.


1. Siapa Kami?

Page ini dimiliki dan diurus oleh Faqimi Fauzi / YayaExplain Team, dan dikendalikan sepenuhnya oleh ibu bapa kepada Yaya – seorang kanak-kanak berumur 8 tahun yang berkongsi konten pendidikan dan informasi menarik untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun.


2. Maklumat Yang Kami Kumpul

Buat masa ini, kami tidak mengumpul sebarang maklumat peribadi secara terus melalui Facebook Page ini. Tiada borang, pendaftaran, atau langganan newsletter yang sedang aktif sekarang.

Namun, sekiranya kami mula menyediakan akses ke web app, borang luar, atau newsletter di masa akan datang, kami akan mengemas kini dasar ini dan nyatakan secara jelas apa maklumat yang dikumpul dan bagaimana ia digunakan.


3. Tracking dan Iklan

Kami tidak menjalankan sebarang tracking atau iklan secara langsung di Facebook Page ini.

Namun, untuk sebarang link yang dikongsikan ke laman luar seperti qimi.co, mungkin terdapat penggunaan alat seperti Meta Pixel atau Google Analytics untuk tujuan analitik dan penambahbaikan pengalaman pengguna. Jika anda klik dan lawati laman luar tersebut, anda tertakluk kepada dasar privasi laman tersebut.


4. Perlindungan Kanak-Kanak

Semua kandungan di YayaExplain disasarkan untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun, tetapi dikendalikan sepenuhnya oleh orang dewasa. Tiada pengumpulan data secara langsung daripada kanak-kanak dilakukan di platform ini.

Kami sentiasa mengutamakan keselamatan digital dan memastikan mesej serta visual adalah sesuai dan bermanfaat untuk golongan muda.


5. Hubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, cadangan atau ingin minta maklumat dipadam (jika pernah dihantar secara sukarela), anda boleh hubungi kami melalui emel rasmi:

? yayaexplain@qimi.co


6. Kemaskini Polisi

Kami berhak untuk mengemas kini polisi ini dari semasa ke semasa. Tarikh kemaskini akan dinyatakan di bahagian atas dasar ini.