Hai. 👋
So, macam mana dengan program semalam? Dah berjaya setup akaun kdp sendiri dah?
Saya harap, semua tiada sebarang masalah untuk ikut step seperti yang saya ajar sebelum ini ya. 🤜🤛
Okay, untuk hari ke 2 ini saya nak tunjukkan kepada anda cara paling mudah untuk hasilkan content bagi buku pertama anda. Sebelum ini saya ada tunjukkan potensi buku-buku ‘Low Content’ yang boleh kita tiruvasi dan secara tidak lansung terbitkan terus di Amazon.
Jadi, hari ini saya nak anda terus terbitkan buku low content ini hari ini jugak.
Boleh? Jom kita mula.
Untuk content bagi buku nota ini sebenarnya tidaklah susah sangat. Sebabnya, kebanyakan penerbit lain yang terbitkan buku nota ni mereka hanya submit content yang sudah ‘ready made’.
Sebab itu mostly kebanyakan buku-buku low content di Amazon tu, jika anda lihat content mereka adalah seakan sama sahaja.
Sebab apa?
Sebab boleh?
Bukan. Sebabnya memang dah ada tersedia banyak template-template yang boleh anda terus submit sebagai buku low content ini.
Jadi, untuk content buku ni anda tak perlu risau fikirkan betapa rumitnya nak design ataupun buat content macam tu. Kerana saya akan berikan secara PERCUMA template low content tersebut.
Muat turun template diatas ni bagi dapatkan ‘ready made‘ untuk menerbitkan buku low content ini.
Seterusnya, anda perlu design pula bahagian cover hadapan dan belakang buku low content ini.
Untuk design cover pula, anda boleh design menggunakan apa-apa software pun boleh.
Tetapi, saya juga sudah sediakan template untuk anda design cover buku ini menggunakan software CANVA.
Lebih mudah dan menjimatkan masa.
Kerana, untuk design cover buku nota ini kebanyakan tidak memerlukan design yang terlalu ‘fancy’ ataupun terlalu gempak.
Cukup sekadar design yang kebiasaan buku-buku nota di pasaran.
Menariknya, saya juga akan berikan Template Cover Buku notebook ini secara PERCUMA melalui template link canva. Boleh klik button dibawah untuk edit & designkan cover buku anda sendiri.
Anda akan dibawa terus ke web canva.
Melalui template diatas, anda boleh ubahsuai dan designkan mengikut citarasa anda sendiri.
Jika anda mahu hasilkan notebook bertemakan apa-apa perayaan/seasonal di USA, boleh research pattern bagaimana sesuai dengan niche yang ingin anda fokuskan.
Sebagai contoh, jika anda mahu fokuskan pada seasonal niche seperti ‘Halloween‘, anda boleh research pattern bagaimanakah sesuai dengan buku nota yang boleh dijual untuk bersempena dengan perayaan Halloween.
Dengan keadaan & suasana industri penerbitan khususnya masih lagi didalam ‘demam’ Artificial Intelligent (AI), agak rugi jika kita tidak aplikasikan AI untuk hasilkan cover buku.
Adanya bermacam software untuk ‘text-to-image‘, ini adalah satu peluang yang besar untuk anda hasilkan artwork based on AI bagi digunakan untuk cover buku anda.
Saya ada beberapa idea yang boleh anda aplikasikan dalam penghasilan cover buku ini. Antaranya anda boleh gunakan MIDJOURNEY untuk generate image bergambar mengikut niche yang anda mahukan.
Seperti gambar mockup buku diatas, anda boleh agak bagaimana saya hasilkan image seperti diatas.
Caranya adalah, saya gunakan Midjourney untuk hasilkan satu cover buku bertemakan ‘haunted’ ataupun halloween.
Hasilnya adalah seperti diatas.
Anda boleh copy ‘prompt’ yang saya gunakan untuk dapatkan design cover seperti diatas ini menggunakan prompt dibawah.
Tukarkan [subject] itu kepada watak utama ataupun karakter yang anda ingin generate nanti. Manakala, [background] pula, anda boleh tukarkan kepada tema yang ingin anda ketengahkan bagi cover buku tersebut.
Okay, content sudah setel. Cover buku pun sudah setel.
Jadi, seterusnya saya nak ajar kepada anda step by step cara bagaimana untuk kita submit buku ini.
Ready? Jom.
Pergi ke kdp.amazon.com/en_US/bookshelf , dan klik + Create
…dan pilih Create Paperback.
Paperback adalah buku fizikal soft cover. Jadi kita akan pilih paperback untuk terbitkan buku nota kita.
Book Title: Untuk title ini, anda perlu asingkan antara title dan subtitle.
Boleh rujuk buku-buku pesaing anda di Amazon dan lihat bagaimana mereka tentukan title dan subtitle buku-buku mereka, kemudian anda tiruvasi dengan ayat anda sendiri.
Sebagai contoh.
Title: Composition Notebook:
Subtitle: Creepy & Horror Halloween Illustration | Journal For College, Students, School, Work, Office | Wide Lined
Series & Edition Number itu hanya optional.
Manakala, Author pula anda letakkan apa-apa sahaja nama asalkan bukan nama sebenar anda. Masukkan nama pena yang sesuai dan pastikan bukan nama mana-mana selebriti atau jenama besar.
Seterusnya, di bahagian Description ini. Anda boleh guna description yang saya berikan dibawah.
Composition Notebook: Creepy & Horror Halloween Illustration | Journal For College, Students, School, Work, Office | Wide Lined
Tukarkan kepada title anda di permulaan description tu.
Jika anda submit content seperti graph, planner, ataupun meal planner, ubah bullet point ikut kesesuaian buku yang anda akan terbitkan.
Publishing Rights: Tick pada ‘I own the copyright…..’
Primary Audience: Untuk Sexually Explicit images or Title, tick pada NO sahaja.
Reading age tu sekadar Optional & tu tidak perlu pilih.
Primary marketplace: Pilih Amazon.com sahaja.
Categories: Pilih mana-mana kategori yang berkaitan dengan buku anda dan seterusnya tick pada pilihan ‘Low Content Book‘
Keyword: Di bahagian ini sangat penting kerana di 7 kolum ini menentukan samada buku anda nanti akan keluar di carian di Amazon nanti. Ini adalah SEO untuk product pages anda. Isikan apa-apa yang berkaitan dengan buku anda. Contohnya, Notebook for Teen and Kids, Composition Book halloween theme for gift to kids and family, etc.
Seterusnya klik, Continue.
Step seterusnya, Masukkan content.
Print ISBN: Klik pada button ‘Assign me a free KDP ISBN’
Publication Date: Pilih tarikh yang anda ingin buku anda diterbitkan.
Print Options: Pilih Black & White with white paper.
Untuk Trim Size pula, klik ‘select a different size‘ dan pilih size buku anda iaitu 8 x 10 inch.
Bleed Settings dan Paperback cover finish ikut sama seperti di gambar.
Seterusnya anda perlu upload paperback manuscript iaitu content template ‘low content’ yang saya telah berikan sebelum ini.
Book Cover pula, upload file yang telah anda design di canva tadi.
Apabila selesai upload, anda boleh klik Launch Preview untuk melihat samada content dan cover anda tidak mempunyai apa-apa masalah sebelum proceed untuk diterbitkan.
Jika tiada apa-apa masalah, boleh teruskan ke step seterusnya.
Di bahagian ini, anda ikut sahaja seperti image diatas.
Untuk Pricing ini, anda kena tetapkan berapa harga yang anda ingin tetapkan untuk buku tersebut. Untuk buku low content selalunya tidak lebih dari $7.99.
Disini anda boleh lihat terus berapa royalty/profit yang akan anda dapat untuk jualan setiap buku anda nanti.
Akhir sekali, klik pada ‘Publish Your Paperback Book‘ untuk submit dan anda perlu menunggu sehingga 72 jam untuk buku anda siap diterbitkan di Amazon.
Anda akan menerima email dari Amazon KDP samada buku anda berjaya diterbitkan atau ada apa-apa perubahan diperlukan.
Jangan sekadar berharap pada 1 buah buku sahaja. Keep research dan fokuskan pada kualiti. Kualiti pada design cover boleh bantu buku anda mudah terjual di Amazon.
Saya harap anda boleh jadikan program saya ini satu option untuk anda bina side income.
Terima kasih sekali lagi sebab anda berjaya habiskan program ini dan ambil tindakan!