Terima kasih kerana berminat untuk sertai Program Terbit Buku Pertama Di Amazon 📖 ini.
Didalam program ini, saya akan pecahkan kepada 2 hari pembelajaran. Tujuannya adalah untuk beri masa kepada anda supaya lebih mudah untuk memahami bagaimana proses pembelajaran ini berlansung.
Untuk HARI PERTAMA ini, saya akan kenalkan kepada anda platform yang akan saya gunakan untuk bina INCOME STREAM dengan terbitkan buku saya sendiri.
Serta, saya juga akan bantu anda untuk terus mendaftar platform ini secara step by step.
Di akhir PROGRAM ini, saya YAKIN anda sudah boleh terbitkan buku anda sendiri dan menjana pendapatan berterusan sebagai seorang PUBLISHER & AUTHOR.
Sebelum itu, saya akan perkenalkan diri saya dahulu.
Nama saya ⚡️Faqimi Fauzi, saya mempunyai syarikat 🏢 penerbitan buku 📚 yang berdaftar di USA. Kami menguruskan penerbitan buku bagi individu 👥 yang memerlukan kami untuk setup income stream melalui jualan buku-buku mereka di pasaran luar negara 🌍.
Dalam program ini, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana cara saya bina salah satu sumber pendapatan saya melalui penerbitan buku di pasaran luar negara.
Untuk yang belum tahu, di Amazon ada banyak cara yang boleh kita guna pakai untuk bina pendapatan melaluinya.
Salah satu darinya adalah AMAZON KDP.
Amazon KDP ataupun Kindle Direct Publishing. Program ini merupakan salah satu program dibawah Amazon.com yang mana program ini memberikan peluang kepada Content Creator untuk menerbitkan karya mereka sendiri didalam bentuk penerbitan buku fizikal dan juga digital (kindle).
Jadi, ianya terbuka kepada semua yang berminat untuk membina pendapatan melalui jualan buku di platform Amazon.
Kita, sebagai Content Creator di KDP hanya perlu sediakan ‘Content’ untuk ‘DICETAK’ dan seterusnya dijadikan sebagai buku.
Selebihnya akan diuruskan oleh Amazon itu sendiri.
📄 SUBMIT CONTENT > 🖨 PRINTING > 📦 SHIPPING
Anda hanya perlu menyediakan content manuscript didalam bentuk PDF.
Kindle Direct Publishing ni sebenarnya banyak memudahkan kita yang mahu terbitkan buku sendiri tanpa perlu melalui mana-mana rumah penerbitan di luar sana. Kita boleh terbitkan sebanyak mana buku yang kita mahu tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar.
Amazon juga memberikan kita peluang untuk terbitkan buku secara PERCUMA di platform KDP ini.
Buku kita secara automatiknya akan terjual di seluruh platform Amazon.
Yang mana pasaranya sangatlah LUAS, BESAR dan PERMINTAAN TINGGI sepanjang masa. Selain itu juga, buku-buku yang kita terbitkan berpeluang untuk diletakkan di hampir LEBIH 10,000 buah kedai buku di US dan UK.
Simple..
Amazon pada mula dibangunkan dahulu adalah sebagai kedai menjual buku secara online.
Jadi, semestinya produk ini yang akan mereka jual sampai bila-bila.
Selain itu juga, sebenarnya jualan buku adalah diantara produk yang PALING TINGGI JUALAN di Amazon berbanding produk-produk yang lain yang dijual di Amazon.
Dalam program ini, saya akan tunjukkan content PALING MUDAH & CEPAT untuk anda terbitkan di Amazon.
Sebab apa, saya mahu anda bermula dengan FUNDAMENTAL dahulu sebelum bermula dengan content yang lebih tinggi.
Untuk program ini, saya sarankan untuk anda bermula dengan penerbitan buku berbentuk LOW CONTENT dahulu.
Low Content adalah buku yang tidak mempunyai content yang banyak. Buku sebegini lebih mudah untuk dihasilkan dan ia sangat sesuai untuk mereka yang baru hendak bermula.
Dalam platform AMAZON, ada banyak jenis buku yang sentiasa dicari oleh pembeli.
Antaranya ialah buku NOTA.
Buku sebegini boleh dikatakan antara buku yang sentiasa EVERGREEN di Amazon.
Lebih-lebih lagi sekitar bulan JULAI – SEPTEMBER, dan JANUARI.
Kerana, pada bulan 7-9 adalah musim ‘Back To School’ di USA serta bulan 1 adalah musin ‘New Year’ yang mana ramai akan mencari buku Low Content seperti Planner dan Journal.
Jadi, ianya SANGAT SESUAI untuk anda yang baru hendak bermula untuk terbitkan buku seperti ini.
Dibawah ini saya tunjukkan contoh bagaimana content untuk buku-buku seperti diatas ini.
Simple kan?
Seterusnya, sebelum kita sediakan content untuk buku. Saya akan tunjukkan kepada anda cara bagaiman hendak bermula dengan KDP, iaitu langkah-langkah untuk mula mendaftar di Amazon KDP.
Tapi, sebelum itu saya mahu tunjukkan sesuatu..
Bagi yang pernah atau sudah biasa terbitkan buku di Amazon, mungkin agak skeptikal dengan penerbitan buku-buku jenis Low Content ini.
Saya akan tunjukkan secara real bagaimana permintaan untuk buku-buku low content di Amazon dalam tempoh yang terdekat ini.
Sebagai contoh, buku nota ini diterbitkan pada 13 Jun lalu. Dilihat pada #BSR (Best Seller Ranking) ialah berada di kedudukan yang ke 2,503. Apabila dikira menggunakan Amazon BSR Calculator, buku nota kosong ini terjual sekitar 75 unit sehari dan 2,250 unit sebulan.
Begitu juga dengan buku yang ini, ianya baru diterbitkan sebulan (semasa program ini ditulis), tetapi sudah mampu ‘collect‘ royalti ataupun keuntungan sekitar $3,272 sebulan.
Ya!, Dengan hanya terbitkan sebuah buku NOTA sahaja sudah mampu mencapai profit hampir RM15,000 sebulan. Itu baru hanya 1 Notebook.
Sama juga dengan notebook ini, apabila dikira dari #BSR buku ini. Dianggarkan ianya mampu mendapat keuntungan sekitar $101 sehari.
Saya tak nafikan juga jualan notebook diatas ini dibantu juga dengan design cover yang tepat pada pasarannya.
Sebenarnya, untuk SEMUA PRODUK yang dijual di Amazon akan mempunyai #BSR masing-masing. Jadi, untuk kategori buku pula BSR akan dikira dari kesemua jumlah buku yang diterbitkan di Amazon.
TETAPI..
Bukan semua buku akan menerima BSR masing-masing.
#BSR hanya akan muncul di buku anda HANYA APABILA BUKU ITU MULA TERJUAL.
Jadi, jika buku anda belum terjual di Amazon, buku anda tidak akan mempunyai BSR lagi.
Anda perlu ingat Formula BSR ini.
SEMAKIN RENDAH #BSR, SEMAKIN TINGGI JUALAN BUKU TERSEBUT.
Jadi, anda boleh anggarkan jualan sesebuah buku itu tinggi atau tidak adalah dengan melihat pada #BSR buku tersebut.
Lebih mudah, anda masukkan nombor #BSR tersebut pada Amazon BSR Calculator 👈 ini dan calculator itu akan tunjukkan anggaran jualan bagi buku tersebut.
Ini akan membantu anda untuk menapis dan tiruvasi buku-buku yang hanya mempunyai jualan yang tinggi sahaja.
Terus ke https://kdp.amazon.com
Klik button Sign Up jika anda belum mempunyai akaun Amazon.
Seterusnya, selepas selesai Sign Up. Isikan maklumat Author/Publisher dibawah.
Pilih Individual jika anda mahu daftarkan guna nama sendiri. Pastikan anda masukkan maklumat yang sahih.
Di bahagian Getting Paid pula, disebabkan tiada pilihan pembayaran secara direct bank untuk pengguna di Malaysia, anda perlu klik pada link ‘i don’t have a bank’ seperti dibawah.
Nanti, pihak amazon akan hantarkan check terus ke alamat yang anda masukkan diatas.
*Pembayaran melalui Check akan dihantar apabila royalti buku anda melebihi $100.
Untuk bahagian Tax Information pula, anda perlu isi maklumat ini sebagai syarat untuk mula terbitkan di Amazon ni.
Ikut langkah-langkah seperti dibawah.
Klik pada button ‘Take Interview’.
Step seterusnya, klik pada pilihan seperti dibawah.
Isikan maklumat diri anda, dan tick pada pilihan seperti yang saya tunjukkan.
Seterusnya, klik Continue.
Akhir sekali, anda perlu masukkan nama penuh anda dan ‘tick‘ diatasnya.
Klik Save and Preview.
Apabila selesai isi Tax Information, akan dipaparkan seperti ini di ruangan My Account kdp anda.
*Applicable witholding rate: 30%
Bermaksud, Amazon akan ‘deduct’ sebanyak 30% dari keseluruhan royalti anda sebagai syarat untuk caj tax bagi akaun pemilik dari Malaysia.
Tetapi, macam mana nak hasilkan content buku serta mula terbitkan BUKU PERTAMA anda. Itu saya akan ajarkan didalam HARI KE 2, iaitu Esok.
Nantikan email saya esok ya!
Saya akan tunjukkan langkah-langkah bagaimana nak hasilkan content untuk buku pertama anda.
Pastikan anda sudah mempunyai akaun CANVA sekurang-kurangnya ‘Free User’ tetapi jika Canva Pro User adalah lebih baik.
Jika belum mempunyai akaun Canva, boleh daftar disini: Daftar Canva
Jumpa lagi dalam program esok!