Masa Bacaan: 4 minit

TAHNIAH!! - Untuk Step Seterusnya..

Ada beberapa peserta bertanya kepada saya mengenai pembayaran dari Amazon.

Disini saya akan terangkan dengan lebih detail bagaimana pembayaran royalti dilakukan.

Seperti yang saya tunjukkan semasa HARI PERTAMA program, amazon akan membuat pembayaran kepada anda melalui bayaran 🎫 CHECK.

Check akan dihantar ke alamat anda selepas royalti anda MELEBIHI jumlah $100.

Tetapi, ada satu lagi cara lain iaitu menggunakan akaun bank yang berdaftar di USA.

Salah satunya adalah 👉 PAYONEER & WISE (klik sini untuk mendaftar)

 

Apabila anda mendaftar menggunakan web diatas ⤴, anda akan diberi satu akaun bank US. untuk digunakan sebagai akaun penerima royalti dari Amazon.

Selepas selesai akaun anda diluluskan, masukkan detail nombor akaun bank US anda di bahagian ‘Getting Paid‘ di Amazon KDP.

Option 1 - Add Bank Account

Klik dekat button ‘Add a bank account’

Seterusnya pilih country ‘UNITED STATES’

Masukkan detail akaun bank US dari payoneer ataupun wise di ruangan seperti dibawah.

Seterusnya, bila selesai klik ‘ADD

Sekarang, sebarang pembayaran ROYALTI dari Amazon akan terus dimasukkan ke akaun bank US anda. 

Anda boleh pilih samada mahu mengeluarkan wang tersebut ataupun membelanja menggunakan kad dari Payoneer dan Wise.

Setel.

Kini, anda tidak lagi perlu menunggu pengeluaran royalti sehingga mencapai jumlah $100, banyak mana pun royalti anda, Amazon tetap akan masukkan ke akaun bank anda. Tidak perlu lagi sebarang CHECK.

Option 2 - 30% to 0% Tax Deduction

Jika anda perasan di bahagian Tax Information di akaun KDP anda, selepas anda selesai isi tax interview.

Tertera kenyataan ‘Applicable witholding rate: 30%’

Apa itu?

Sebenarnya, jika diikutkan kita sebagai warganegara Malaysia tidak terikat dengan perjanjian ‘tax withdrawal’ dengan United States.

Jadi, kita akan dikenakan CUKAI SEBANYAK 30%.

Ya, setiap royalti yang kita perolehi, potongan sebanyak 30% akan dikenakan pada kita.

Jika jumlah royalti anda adalah $1,000. Anda hanya akan dapat sekitar $700 sahaja. $300 akan ditolak dari jumlah royalti anda.

Jelas?

🤷 - Bagaimana Cara Nak Elakkan?

Ianya sebenarnya bukanlah untuk ELAK.

Tetapi..

Kita perlu mendaftar sebagai ‘Employee’ di US untuk menandakan yang kita berurusan dan berniaga di pasaran US.

Jika kita mendaftar dengan Internal Revenue Service (IRS) sama dengan LHDN di Malaysia. Kita dapat pengecualian 30% cukai seperti diatas.

Jadi, kita perlu mendaftar dengan IRS dengan mendapatkan ‘Employer Identification Number’ (EIN).

Salah satunya adalah dengan mendaftar terus di laman web IRS: disini.

Tetapi, terdapat beberapa ‘cons’ jika mendaftar terus di IRS.

  1. 🙅 Birokrasi yang banyak. Tempoh utk IRS meluluskan EIN kita sangatlah lama. Boleh menjangkau sehingg 2-3 minggu.
  2. 💁 Sistem yang ‘LEMBAB‘ dan rumit. Akan ada kesukaran untuk memohon direct disebabkan kita adalah ‘NON US RESIDENT‘ jadi, mereka akan utamakan US Resident dahulu.
  3. ⛔ Saya tidak sarankan untuk apply direct disebabkan masalah diatas dan mengganggu masa untuk kita mulakan Amazon KDP ini.

 

Ada cara lain yang LEBIH MUDAH?

Lihat bawah..

👌 - Cara paling senang..

Bagi saya, untuk tidak memeningkan kepala.

Saya lebih selesa dengan menggunakan kaedah yang lebih CEPAT & MUDAH.

Iaitu, guna kepakaran orang lain. ⤵️

Pilih mana-mana ‘fiverr gig’ diatas..

Daftar di FIVERR jika anda belum lagi mempunyai akaun di fiverr.

Seterusnya, pilih mana-mana gig diatas untuk ‘hire’ mereka applykan EIN bagi pihak anda.

Sila sediakan apa-apa dokumen yang diminta.

Selalunya, Nama anda, Alamat, Tujuan apply EIN (tulis: selling on Amazon), dan gambar signature. Itu sahaja.

Selepas 1-2 hari, EIN anda akan di LULUSKAN.

Jadi, dibawah saya akan ajarkan cara untuk submit EIN.

SUBMIT EIN - Step by step..

*PASTIKAN EIN APPLICATION SUDAH DILULUSKAN.

Langkah 1, di bahagian Tax Information.

Klik pada ‘View/Provide Tax Information’

Seterusnya, tick seperti dibawah ini..

Masukkan nama sama seperti anda APPLY EIN. Masukkan detail alamat.

..dan tick pada ‘I Have a US TIN’ dan pilih ‘Employee Identification Number‘ dan isi detail No. EIN anda yang sudah diluluskan.

Untuk ruangan ini, anda memerlukan ALAMAT US.

Jadi, daftar di VIABOX.COM untuk dapatkan ‘virtual address’ anda.

Isi di bahagian ini.

Okay.

Selesai.

Amazon KDP memerlukan masa sekitar 1-2 minggu untuk ‘sync’ detail EIN anda dengan IRS.

Apabila diluluskan, 0% tax withdrawal akan dipaparkan seperti ini.

TAHNIAH!! - Anda kini dikenakan 0% Cukai.

DAH BACA? - Bonus ini ⬇

error: Alert: Content selection is disabled!!