Soalan sebenar UPKK past year: muat turun percuma dan cara menggunakannya

Ditulis oleh Faqimi Fauzi, pembangun NotaKAFA dan NotaUPKK

Kertas soalan sebenar UPKK tahun lepas disusun dalam fail berwarna untuk latihan

Jawapan ringkas

Anda boleh memuat turun soalan sebenar UPKK tahun lepas secara percuma di upkk.notakafa.com: 43 fail PDF daripada 8 tahun, tanpa pendaftaran, mengikut subjek atau set tahun.

Artikel ini sebahagian daripada panduan lengkap UPKK. Selepas mencuba kertas tahun lepas, lihat contoh soalan UPKK dengan penerangan dan susun latihan mengikut jadual peperiksaan UPKK.

Apa yang ada dalam koleksi

  • 43 fail PDF kertas soalan UPKK daripada 8 tahun.
  • Muat turun mengikut subjek, atau satu set ZIP bagi setiap tahun.
  • Kertas 2024 dan 2025 menggunakan format baharu.
  • Percuma dan tanpa pendaftaran, dikongsi oleh NotaKAFA.

Cara menggunakan kertas past year

  1. Mulakan dengan kertas format baharu (2024 atau 2025).
  2. Cetak dan jawab mengikut masa seperti peperiksaan sebenar.
  3. Semak jawapan bersama anak, catat topik yang salah.
  4. Ulang kaji topik itu, kemudian cuba kertas tahun lain.

Selepas habis kertas tahun lepas

Bilangan kertas tahun lepas terhad. Untuk latih tubi tambahan, saya hasilkan NotaUPKK: 66 set soalan ramalan yang boleh dicetak sendiri, disusun berdasarkan analisis soalan percubaan setiap negeri.

Soalan lazim

Perlu daftar untuk muat turun?

Tidak. Koleksi di upkk.notakafa.com boleh dimuat turun terus tanpa bayaran dan tanpa pendaftaran.

Ada skema jawapan?

Semak keterangan setiap fail dalam koleksi. Jika tiada, bincang jawapan bersama guru KAFA atau rujuk buku teks.

Artikel berkaitan

Lihat semua panduan

Maklumat rasmi: UPKK dikendalikan oleh JAKIM bersama jabatan agama Islam negeri. Tarikh, subjek dan format boleh berbeza mengikut negeri dan tahun, jadi rujuk guru KAFA atau jabatan agama negeri anda.