PKSK Tingkatan 1: panduan untuk ibu bapa murid Tahun 6
Ditulis oleh Faqimi Fauzi, pembangun NotaPKSK

Jawapan ringkas
Murid Tahun 6 yang mahu ke SBP, SMKA, MTD atau MRSM perlu memohon melalui spskt1.moe.gov.my dan menduduki PKSK Tingkatan 1. Bagi sesi 2026, ujian dijalankan 12 hingga 22 Oktober 2026.
Jika anda baru mengenali ujian ini, mulakan dengan apa itu PKSK dan sekolah yang terlibat. Untuk latihan di rumah, gunakan contoh soalan PKSK Tahun 6 dan fokus pada soalan sahsiah Bahagian A. Selepas ujian, ikut langkah semakan keputusan PKSK Tingkatan 1.
Cara memohon PKSK Tingkatan 1
- Layari spskt1.moe.gov.my dan pilih Borang Permohonan.
- Log masuk dengan nombor MyKid murid dan MyKad penjaga.
- Semak maklumat murid. Jika ada kesilapan, kemas kini melalui idme.moe.gov.my (sekolah KPM).
- Pilih sekolah dan cetak borang selepas semakan teliti.
Panduan rasmi menggalakkan borang diisi dengan bimbingan ibu bapa, penjaga atau guru. Kesilapan mengisi borang boleh menyebabkan permohonan tidak dipertimbangkan.
Tarikh penting sesi 2026
- Tarikh tutup permohonan dan kemas kini: 14 Ogos 2026
- Tempoh PKSK Tingkatan 1: 12 hingga 22 Oktober 2026
Jadual persediaan 8 minggu untuk murid Tahun 6
Minggu 1 dan 2
Kenal format. Cuba satu simulasi untuk melihat tahap anak.
Minggu 3 hingga 5
Latihan harian 20 hingga 30 minit: corak nombor, logik dan pengetahuan am.
Minggu 6 dan 7
Satu karangan pendek seminggu dan perbincangan soalan insaniah.
Minggu 8
Simulasi penuh dengan had masa. Rehat cukup sebelum hari ujian.
Soalan lazim
Murid sekolah swasta boleh memohon PKSK Tingkatan 1?
Boleh. Bagi sekolah swasta berdaftar dengan KPM, maklumat murid dikemas kini melalui public.moe.gov.my sebelum memohon.
Artikel berkaitan
Lihat semua panduanMaklumat rasmi: Soalan Lazim PKSK dan panduan permohonan di spskt1.moe.gov.my dan spskt4.moe.gov.my.