Case Study Coloring Book ‘Simple’ 1.6m Sebulan

Masa Bacaan : 3 minit

Di Amazon sekarang, boleh dikatakan sejak sebulan dua ni Amazon dilanda demam coloring book. Hampir 20% daripada 200 top buku-buku yang terlaris di Amazon sekarang dimonopoli oleh buku aktiviti mewarna.

Dan daripada ramai-ramai publisher buku coloring tu, saya tertarik pada satu publisher ni. Nak kata hebatnya publisher ni, almost 50 peratus buku coloring yang bestselling tu adalah dari terbitan publisher ini. 😲😱

Jadi, dalam case study ini saya nak bongkarkan strategi-strategi yang dilakukan oleh publisher ini, iaitu COCO WYO. 

Seterusnya, bagaimana kita dapat belajar cara untuk hasilkan dan marketkan buku coloring ini sehingga mencapai status bestselling di Amazon.

Strategi 1 - Fokus Pada 'Anxiety Niche'

Kebanyakan buku-buku dan design yang dihasilkan oleh tim Coco Wyo ini lebih bertemakan Cozy, Stress Relief dan sebagainya.

Jelas, sasaran pelanggan mereka adalah kepada pelanggan dewasa yang ingin melakukan aktiviti mewarna ini untuk menghilangkan stress dan menenangkan jiwa.

Sebab itu, jika dilihat pada imej illustrasi yang dihasilkan. Terlihat sangat ringkas dan simple. Tiada sebarang lukisan yang terlalu rumit ataupun serabut.

Seperti illustrasi untuk kanak-kanak, padahal sasaran mereka adalah pelanggan dewasa.

Strategi 2 - 'Duplicate' Bestselling

Jika dilihat pada antara buku bestseller diatas, mereka tahu dan faham bagaimana cara untuk bina satu jenama yang bagus.

Mereka faham apa yang pelanggan mahu. Jadi, mereka tidak membuang masa untuk cuba terbitkan buku coloring yang fokuskan pada niche lain. Tidak membuang masa untuk try & error nak terbitkan buku berlainan niche.

Apa yang mereka lakukan ialah, mereka duplicate niche yang sudah terbukti sangat tinggi jualan dengan terbitkan buku coloring didalam niche yang sama. Seperti diatas, didalam niche ‘Stress Relief’ mereka fokuskan pada ilustrasi yang simple dan ringkas. 

Ada banyak imej ataupun tema yang boleh kita pelbagaikan untuk dimuatkan didalm niche ini. Apa-apa sahaja illustrasi yang mereka design, pastinya mempunyai ‘relatable’ dengan prospek mereka. 

Mereka boleh menjual pada pasaran yang sama. Mungkin seorang pembeli akan dapatkan juga 3-4 buku lain yang didalam niche sama. 

Strategi 3 - Lebihkan Pada Kualiti

Kalau kita fikirkan pada nak banyakkan buku. Nak lajukan sales.

Selalunya apa yang kita buat ialah kita akan cari cara yang mudah dan jimat kan? 

Jadi, buku kita akan lebih banyak dan cepat diterbitkan.

Jika begitu, itu maknanya kita lebih mengejar pada kuantiti. Kuantiti buku yang kita nak terbitkan. 

Tapi, kalau kita lebihkan pada kuantiti selalunya juga kita akan hilang pada kualiti.

Setuju?

Itu yang saya perasan pada buku-buku terbitan Coco Wyo ini, mereka hasilkan illustrasi-illustrasi yang sangat berkualiti. Bukannya jenis tangkap muat. Juga bukan imej janaan ai.

Pastinya, dengan idea dan kualiti sebegini. Mereka tentu mempunyai tim dan pasukan yang hebat untuk memastikan setiap illustrasi yang dihasilkan adalah yang terbaik.

Strategi 4 - Guna Social Media Sebaiknya

Sangat-sangat rugi jika tidak guna platform percuma untuk naikkan jenama dan jualan.

Bagusnya Coco Wyo ini, mereka gunakan platform ini dengan sebaik-baiknya.

Tak perlu buat video tayang muka pun boleh.

Apa mereka buat, mereka update video hampir setiap hari. 2x sehari. Dengan hanya video-video ‘satisfying’ seperti semasa mewarna, selepas mewarna dll. 

Bijaknya juga, mereka boleh mintak video dari pembeli buku yang mahu video semasa aktiviti dipaparkan didalam semua platform sosial media mereka.

…dan menariknya, satu video yang sama mereka boleh publish di ketiga-tiga platform. Jimat dan memudahkan!

Kebanyakan jualan buku di Amazon datangnya dari video mereka di kesemua platform. Bukan ke ini lebih kepada Trafik Percuma? Kan.

Tak perlu susah-susah hasilkan video berlakon ke, jalan-jalan ke, bercakap depan phone dan sebagainya. Mereka cuma record video step mewarna je. Pun boleh jadi ‘satisying’ video terus. Nampak kan macam mana kita boleh tiruvasi cara macam ni untuk gunakan di media sosial.

Hasilnya - RM1.6 juta sebulan royalti 😲

Ya. Anda tak silap tengok.. $264,074 royalti sebulan.

Anggaran royalti ataupun untung bagi kesemua buku-buku terbitan Coco Wyo ini adalah RM 1,616,643 juta sebulan.

Ya, betul. Memang tak salah nampak. Itu SEBULAN ya. 

Bukan setahun.

Dengan gunakan strategi-strategi yang saya terangkan diatas (Sebenarnya banyak lagi), itu yang berhasil mereka dapatkan.

Mungkin juga mereka ada gunakan iklan berbayar, yang itu memang tidak dapat kita ketahui berapa jumlahnya.

Paling menarik sekali, mereka yang di sebalik jenama Coco Wyo ini bukan mat saleh pun.

Haaa.. Yang ini saya pun sebenarnya terkejut juga ya.

Semasa buat research ni, saya ingatkan mereka ni satu tim yang besar, mat saleh yang ada banyak modal untuk ‘pump’ pada pengiklanan berbayar, upah staff dengan kos yang tinggi.

Sebenarnya, mereka ini terdiri dari tim yang kurang dari 10 orang je. 🤣

…dan mereka ni terdiri dari anak-anak muda dari Vietnam je.

Dengan semangat dan hala tuju yang jelas, mereka mampu ya nak fokus pada flow bagaimana nak bangunkan jenama Coco Wyo ini.

Kesimpulannya - Boleh ke nak jadi macam Coco Wyo?

Tak ada yang mustahil pun sebenarnya.

Seperti strategi yang saya tunjukkan diatas tu, kita semua boleh je nak buat.

Nak atau tidak je.

Sebabnya, jika diikutkan mereka tak perlukan kos yang tinggi pun kan? Cuma apa yang perlu ialah komitmen dan masa yang berterusan.

Saya rasa, nak jadi ‘One Man Show’ pun boleh, cuma nak dapat royalti macam tu, kena labur juga pada tim yang besar juga.

Tim untuk uruskan illustrasi & design.

Tim untuk buat research.

Tim untuk uruskan platform social media.

Macam mana? Share ke ⤵️

Terbit Buku di Amazon
Subscribe dibawah untuk terima 1 email newsletter mingguan dari saya cara & peluang buat duit di Amazon.

1 email setiap Sabtu. Unsubscribe anytime.