Case Study Buku Simple ‘Word Search’

Masa Bacaan : 3 minit

Buku ini diterbitkan pada Ogos lepas, tapi dah terjual beribu unit & dianggarkan jumlah royalti yang diterima adalah sekitar RM 5 angka.

Content buku ini HANYA aktiviti Word Search sahaja.

Jom saya tunjuk kenapa jualan untuk buku ini sangat tinggi & boleh terjual beribu unit?

1st sekali, macam mana saya boleh tahu anggaran jualan & profit untuk buku ini?

Setiap buku yang terjual di Amazon akan mempunyai ranking masing-masing.

Ranking buku ini adalah #2872 dari beratus ribu buku yang dijual di Amazon.

Mengikut kiraan BSR Sales Calculator, anggaran buku itu terjual setiap hari adalah sebanyak 34 buah sehari.

Jika sebulan lebih kurang 1,000 buah buku terjual.

Seterusnya, pada jualan dengan tanda harga $6.95, keuntungan/royalti untuk sebuah buku ini ialah $1.88.

Dengan jualan sekitar 1000 buah sebulan membawa kepada $1,880 royalti untuk sebulan.

Dari Ogos, royalti yang diterima dianggarkan lebih $4,000 untuk sebuah buku ini.

Okay, berbalik semula pada content untuk buku seperti ini.

Di dalam tempoh Q4 ini, buku-buku aktiviti seperti ini paling tinggi permintaannya.

Selalunya dijadikan sebagai hadiah sempena Thanksgiving ataupun Christmas.

Di dalam Panduan Blueprint pun banyak saya tekankan untuk terbitkan buku aktiviti dan word search adalah salah satu daripadanya.

Hal ini kerana, buku berbentuk aktiviti Word Search ini antara paling senang untuk dihasilkan.

Jika anda menggunakan PC Windows, boleh download perisian Word Search Generator UWP di Microsoft Store.

Perisian ini antara paling mudah & paling cepat untuk hasilkan word search dan terbitkan sebagai sebuah buku.

Seterusnya, bagaimana nak dapatkan WORD LIST untuk melengkapkan Word Search ini?

Boleh lakukan sedikit carian & research di Amazon, untuk mengetahui niche apa yang selalunya mempunyai permintaan tinggi disana.

Jika utk Q4, selalunya boleh fokuskan pada Halloween, Thanksgiving ataupun Christmas.

Ini antara seasonal niche yang mampu berikan instant royalty kepada penerbit buku aktiviti di Amazon.

Jika mahu fokuskan pada Evergreen Niche, yang itu memerlukan kajian yang lebih mendalam melalui Amazon.

Untuk pembeli panduan saya di qimi.co/sp/blueprint , saya ada ajarkan beberapa cara mudah untuk melihat buku yang boleh di TIRUVASI oleh anda.

Juga, saya ada sertakan TEMPLATE untuk anda copy n paste kepada buku aktiviti anda sendiri.

Word Search adalah salah satu aktiviti yang boleh diterbitkan sebagai buku di Amazon.

Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti yang boleh anda terbitkan di Amazon.

Antaranya ialah,

  1. Word Search
  2. Crossword
  3. Maze book
  4. Bingo
  5. Coloring Book etc.

Jika ada yang nak belajar lebih detail mengenai terbitkan buku aktiviti di Amazon ini, boleh lihat penerangannya di qimi.co/sp/blueprint

Macam mana? Share ke ⤵️

Terbit Buku di Amazon
Subscribe dibawah untuk terima 1 email newsletter mingguan dari saya cara & peluang buat duit di Amazon.

1 email setiap Sabtu. Unsubscribe anytime.