
Saya perasan, sejak munculnya model terbaru dari ChatGPT, iaitu model 4o with Image Generation ni.
Makin ramai yang mula hasilkan artwork yang lebih kreatif dan hebat!
Tak kurang juga, ada yang kata model terbaru ini mampu hasilkan gambar iklan dan text yang detail serta tepat.
Boleh katakan kira dah macam tak perlu guna software editing dah.
Saya pun baru mencuba-cuba untuk menggunakan ChatGPT semula. (terpaksa subscribe balik).
Jika nak guna dengan akaun ChatGPT percuma pun boleh, tiada masalah. Cuma setahu saya masih ada limitation untuk berapa jumlah gambar yang boleh hasilkan guna model 4o ini.
Rupanya, model ini boleh buatkan 'content' aktiviti kanak-kanak..
Dalam cuba godek-godek chatgpt ni.
Dengan hebat dan detailnya model ini hasilkan text dan ikut arahan yang tepat.
Saya cuba pula ‘craft’ beberapa prompt simple dengan niat nak tahu hebat macam mana model ni.
Adakah dia boleh buatkan content buku aktiviti kanak-kanak juga?
Adakah dia boleh ikut cara yang saya mahukan?
Setelah beberapa try & error..
YA!
Seperti yang anda lihat di imej banner diatas tu.
ChatGPT berjaya hasilkan aktiviti kanak-kanak ‘Cut-Out‘ yang mana ianya betul-betul ikut detail yang saya mahukan.
Dia boleh buatkan garisan dash putus-putus dan ikut dengan detailnya apa yang saya mahu.
Sesuai untuk aktiviti ‘Scissor Skill‘ kanak-kanak.



Ini contoh beberapa result yang saya dapat.
Siap boleh ikut size paper yang kita nak lagi.
*Dall E 3 sebelum ni tak boleh buat macam apa yang model 4o ni buat.
Nak tahu macam mana saya buat content macam ni?
Okay, simple je.
TAPI..
Perlu ingat jika nak generate lebih banyak content, perlu subscribe ChatGPT Plus juga.
Akaun PERCUMA pun boleh juga, cuma akan ada limitation untuk anda generate lebih banyak content nanti.
PROMPT - Cut-Out Scissors Skills
Cut-Out Activity Code
[SUBJECT] = Cowboy Hat [SIZE] = 8.5X8.5 inch Create a simple black and white preschool cut-out activity for scissor skills practice. The image should feature a single cute cartoon-style [SUBJECT] as subject with thick outlines and surrounded by a dashed cutting line. At the top, in funky child-friendly font (should have similar stich dash cutting around font), include the text '[Cut-Out a] add a subject name after Cut-Out a __ '. Frame the entire page with a soft rectangular border with rounded corners. The design must be easy and fun for preschoolers to cut, print-friendly, and styled like an educational activity worksheet. In [SIZE]
Step 1 - Daftar akaun ChatGPT

Untuk permulaan, boleh sahaja guna akaun chatgpt percuma dahulu. (Limit 3 gambar sehari)
Jika nak dapatkan lebih penggunaan, boleh subscribe ChatGPT PLUS ($20 sebulan)
Step 2 - Masukkan PROMPT

Copy & paste prompt yang saya berikan diatas.
Anda hanya perlu tukar [SUBJECT] dan [SIZE] sahaja. Yang mana boleh pilih antara size 8.5×8.5 inch atau 8.5×11 inch.
Yang lain-lain tak perlu tukar apa-apa.
Seterusnya,
SUBMIT.
Result - Tak sampai 10 saat..

Simple kan?
Lepas ni, dah tak perlu risau kalau nak buat berapa banyak pun content ‘cut-out’ bagi aktiviti scissors skill ni nanti.
Dah boleh buat UNLIMITED Content.
Dengan akaun ChatGPT PLUS, anda boleh buat lebih banyak content buku kanak-kanak seperti ini.
Jika tanya saya, sangat berbaloi untuk subscribe akaun plus buat masa sekarang.
Model 4o ini sangatlah NEXT LEVEL.
Sila SHARE dibawah ni jika nak saya kongsikan prompt lain pula untuk hasilkan buku aktiviti kanak-kanak ni.